Friday, 15 December 2023

PROGRAM LUAR BILIK DARJAH (PLBD) DAN PELAKSANAAN PASM EBAI BOLING DAN TAHUN

 


Program Luar Bilik Darjah (PLBD) ini dilaksanakan selama sehari iaitu pada hari Rabu, 13 Disember 2023. Aktiviti ini dimulakan dengan lawatan di SMK Seksyen 9 Shah Alam. SMK Seksyen 9 Shah Alam telah menyambut kehadiran PPKI TABURA ONE dengan baik dan meriah. Murid-murid ini diberi peluang untuk melihat bengkel masakan, bengkel batik, bengkel urutan  serta kebun di sekolah tersebut. Setelah selesai lawatan di SMK Seksyen 9 Shah Alam, murid-murid ini dibawa ke Setia City Mall untuk pelaksanaan PASM boling dan mobiliti di pasar raya. Program seperti ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada MBK mengalami pengalaman berada di tempat awam.

Saturday, 25 November 2023

PERKHEMAHAN AGOONOREE 2023



Perkhemahan Agoonoree kali ke-4 telah berjaya dijalankan selama 3 hari 2 malam di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. TABURA ONE telah menghantar seramai 5 orang peserta bagi menyertai Perkhemahan kali ini.

Friday, 27 October 2023

PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKI TAHUN 2023



Perkhemahan PPKI ini telah dijalankan pada 25 Oktober 2023 bertempat di SMK Taman Bunga Raya 1. Perkhemahan ini bermula pada pukul 8:00 pagi sehingga 4:00 petang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan mengikut checkpoint yang telah ditetapkan seperti Asas Perbarisan, Simpulan dan Ikatan, Memasang dan Mengemas Khemah, Pertolongan Cemas dan Masakan Rimba. Selain menjalankan aktiviti perkhemahan, murid-murid juga menjalankan PASM.

Monday, 16 October 2023

HARI KEUSAHAWANAN PPKI 2023




Hari keusahawanan PPKI kali ini telah dilangsungkan dengan penuh kemeriahan. Pelbagai jualan terdapat di kiosk PPKI seperti air jagung, air bandung soda, waffle, pelbagai jenis kek, laksam, bubur dan pelbagai lagi. Selain daripada aktiviti jualan, aktiviti permainan tradisional juga turut dijalankan dan disertai oleh guru-guru, ibubapa, murid arus perdana serta murid PPKI sendiri.


Wednesday, 27 September 2023

E-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR.



PPKI SMK Taman Bunga Raya (1) telah turut terlibat di dalam pelbagai acara yang telah dipertandingkan di dalam E-Kokurikulum Pendidikan Khas Peringkat Daerah Hulu Selangor, 2023.  Antara acara yang telah disertai adalah tarian rampaian (BP), nyanyian solo (BP), kawad kaki (BP), rekacipta bahan terbuang (BP dan KUD) serta peragaan pakaian (SD). Latihan telah dijalankan bermula pada 10 Julai 2023, penghantaran rakaman sepenuhnya telah dihantar pada 28 Julai 2023. Berkat usaha murid-murid dan pelatih setiap acara

 

Friday, 22 September 2023

HARI BICARA AKADEMIK PPKI 2023/2024

 



Bersempena Hari Bicara Akademik PPKI, selain agenda utama iaitu dialog akademik bersama ibubapa, terdapat pelbagai aktiviti sampingan yang turut dijalankan seperti pameran kebun, pameran kraf manik, pameran PASM, pameran Kokurikulum PPKI dan pameran tayangan. Kiosk jualan turut dibuka bagi menjual produk-produk PPKI seperti kek oren, kacang kuda, kerepek, gelang dan tasbih. 


Wednesday, 20 September 2023

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PPKI TAHUN 2023





  Sepanjang keberlangsungan sambutan bulan kemerdekaan di PPKI SMK Taman Bunga Raya 1, terdapat pelbagai aktiviti serta pertandingan yangtelah dijalankan. Antaranya ialah pertandingan melabel peta Malaysia, pertandingan nyanyian kemerdekaan, pertandingan peragaan baju tradisional, pertandingan bakul merdeka, pertandingan poster merdeka, pertandingan menghasilkan jalur gemilang menggunakan pelbagai bahan, pertandingan payung merdeka, aktiviti memasak bubur asyura dan aktiviti menghasilkan Jalur Gemilang menggunakan pelbagai bahan. Setiap aktiviti ini telah disambut baik oleh murid-murid PPKI TABURA ONE serta telah dijurikan oleh barisan pentadbir dan barisan GKMP di SMK Taman Bunga Raya 1.


Thursday, 14 September 2023

 

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS MSS SELANGOR TAHUN 2023



Saturday, 5 August 2023

 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD HULU SELANGOR BERTEMPAT DI UPSI, 2023.

Keputusan kejohanan adalah seperti yang berikut:

EMAS 🥇
  • Lompat Jauh  L2
  • 4 x 100M  L1

PERAK 🥈
  • 4 x100M  L2
  • Lompat Tinggi L2
  • 100M L2
  • 400M L2
  • 200M L2

GANGSA🥉
  • 100M L2
  • 400M L1
Semoga kejayaan demi kejayaan terus bersama TABURA ONE.



Thursday, 27 July 2023

Wednesday, 19 July 2023

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD HULU SELANGOR, TAHUN 2023

 



Pada 18 Julai 2023, PPKI SMK Taman Bunga Raya 1 telah terlibat dengan Kejohanan Merentas Desa MSSD Peringkat Daerah Hulu Selangor bertempat di Stadium Millenium Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. PPKI SMK Taman Bunga Raya 1 telah menghantar 3 penyertaan di dalam kategori L1 PPKI, 2 penyertaan L2 PPKI serta 1 penyertaan untuk P1 PPKI. Peserta dari PPKI TABURA ONE, telah berjaya mendapatkan Johan bagi dua kategori iaitu kategori bawah umur 15 tahun (LELAKI 2 PPKI) dan bawah 18 tahun (PEREMPUAN 1 PPKI). Tahniah! Diucapkan kepada kesemua peserta.


Friday, 7 July 2023

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-18, TAHUN 2023 DI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1.

 Pada 7 Julai 2023, SMK Taman Bunga Raya 1 telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-18. Guru-guru serta murid-murid PPKI SMK Taman Bunga Raya 1 turut melibatkan diri di dalam pelbagai acara yang telah dijalankan seperti acara perbarisan, larian 100 meter lelaki dan perempuan, acara 400 meter serta acara sukaneka.