Friday 15 December 2023

PROGRAM LUAR BILIK DARJAH (PLBD) DAN PELAKSANAAN PASM EBAI BOLING DAN TAHUN

 


Program Luar Bilik Darjah (PLBD) ini dilaksanakan selama sehari iaitu pada hari Rabu, 13 Disember 2023. Aktiviti ini dimulakan dengan lawatan di SMK Seksyen 9 Shah Alam. SMK Seksyen 9 Shah Alam telah menyambut kehadiran PPKI TABURA ONE dengan baik dan meriah. Murid-murid ini diberi peluang untuk melihat bengkel masakan, bengkel batik, bengkel urutan  serta kebun di sekolah tersebut. Setelah selesai lawatan di SMK Seksyen 9 Shah Alam, murid-murid ini dibawa ke Setia City Mall untuk pelaksanaan PASM boling dan mobiliti di pasar raya. Program seperti ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada MBK mengalami pengalaman berada di tempat awam.

Saturday 25 November 2023

PERKHEMAHAN AGOONOREE 2023



Perkhemahan Agoonoree kali ke-4 telah berjaya dijalankan selama 3 hari 2 malam di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. TABURA ONE telah menghantar seramai 5 orang peserta bagi menyertai Perkhemahan kali ini.

Friday 27 October 2023

PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKI TAHUN 2023



Perkhemahan PPKI ini telah dijalankan pada 25 Oktober 2023 bertempat di SMK Taman Bunga Raya 1. Perkhemahan ini bermula pada pukul 8:00 pagi sehingga 4:00 petang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan mengikut checkpoint yang telah ditetapkan seperti Asas Perbarisan, Simpulan dan Ikatan, Memasang dan Mengemas Khemah, Pertolongan Cemas dan Masakan Rimba. Selain menjalankan aktiviti perkhemahan, murid-murid juga menjalankan PASM.

Monday 16 October 2023

HARI KEUSAHAWANAN PPKI 2023




Hari keusahawanan PPKI kali ini telah dilangsungkan dengan penuh kemeriahan. Pelbagai jualan terdapat di kiosk PPKI seperti air jagung, air bandung soda, waffle, pelbagai jenis kek, laksam, bubur dan pelbagai lagi. Selain daripada aktiviti jualan, aktiviti permainan tradisional juga turut dijalankan dan disertai oleh guru-guru, ibubapa, murid arus perdana serta murid PPKI sendiri.